Perjuangan tanpa noktah

Mustafar Ali

Hari ini genap dua tahun saya diamanahkan untuk menerajui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Terasa baru saja beberapa hari saya bersama sebuah keluarga besar JIM menggalas kudrat dan usaha merancang, berjuang dan berkorban demi negara tercinta.

Banyak lagi gerak kerja dengan lanskap dan tindakan transformasi melestarikan kecemerlangan perlu diwacana.

Banyak lagi ketetapan berjuang berlandaskan kedaulatan dan keselamatan tanpa kompromi perlu dilaksana.

Bersama kesepaduan dan permuafakatan yang dibina demi memacu kegemilangan dan meletakkan Imigresen Malaysia di Persada Dunia.

Bersama menentukan Malaysia gemilang dan sentiasa dalam lembayung pemeliharaan Allah.

Bersama kita daulatkan ketaatan dan kesetiaan kepada Raja dan negara.

Bersama kita bergerak megah, maju dan berjaya diterajui kepimpinan berjasa.

Bersama kita serlahkan …
Semalam adalah kenangan.
Hari ini adalah perjuangan.
Esok adalah harapan …

Ikhlas dari:
Haji Mustafar Haji Ali
Ketua Pengarah
Jabatan Imigresen Malaysia